Selasa, Oktober 26, 2010

Antara kedai mamak dan 7 eleven.

 

Tulisan kali ini memang nak mencurahkan rasa geram dan mual terhadap segelintir manusia yang tak faham-faham atau sengaja nak tunjuk hebat bukan saja kepada manusia tapi juga kepada tuan punya dunia ini. Perkara yang saya maksudkan adalah fenomena membeli makanan ketika manusia muslimin seluruh dunia (bukan pekan kepala batas saja) sedang berpuasa, depa sibuk makan disiang hari…malu sungguh.

Kebetulan satu hari tu, saya dan anak saya melalui depan satu kedai mamak ni..( bukan dalam gambar di atas ), terperanjat besar melihatkan begitu ramai manusia sedang sibuk memilih dan membuat pesanan agar makanan  di bungkus dengan plastik hitam. “Ayah, depa tak puasa ke? Depa tak takut kat dosa ke? Depa tak takut Allah ke?” bertalu-talu soalan keluar dari anak kecil saya yang berumur 5 tahun tu. Pening saya nak menjawabnya. Hampir kesemuanya berhelmet, siap pakai visor lagi….nak lindung muka ,tapi ada juga yang selamba aje. Ada satu bapak tu, siap bawa 2 orang anak ( dah sekolah rendah pun ) membeli makanan dan keluar dari restoren dengan pantas menuju kereta, takut kena cekup. Apa nak jadi kepada kedua-dua kanak-kanak ini, ya…bapanya telah mengajar kepada mereka bahawa dibulan puasa kita boleh membeli makanan di kedai mamak dan bawa balik untuk dimakan.

Bagi golongan yang elit sikit ( tak mahu makan nasi mamak ) , 7 eleven pula jadi sasaran mereka. Penuh beg plastik  dengan roti , mee segera, biskut dan minuman ringan….tak malu langsung.

Malang sekali rasanya masyarakat melayu kita ni masih banyak lagi tidak sedar akan hakikat untuk menjadi seorang muslimin yang bertakwa…. Nak dikatakan jahil ada juga benarnya, tapi ia lebih kepada kedegilan dan kesombongan serta mentaliti umat yang sudah rosak dengan kebendaan. Kalau kita tanya depa semua, “nak masuk syurga tak?” Sudah pasti jawapannya YA. Esok bila tiba hari raya, golongan ini lah yang akan berhari raya sakan, keluar dari norma yang diajar oleh Rasulallah saw.  Tengok sajalah iklan TV yang mempromosikan program-program bagi menyambut hari raya… banyak sekali yang saya tidak berkenan. Adake depa suruh kita tengok tubuh-tubuh wanita yang tergedik-gedik tu…hanya setelah kita bermujahadah selama sebulan melawan hawa nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan